Banyak dikalangan sekarang bahasa mcm ini dh jdi normal bg ibubapa mahu pon ank2..Malah ada juga suami yang bila mara suka memarahi isteri dengan bahasa2 kesat yang akan membuatkan perasaan isteri terguris..Isteri mmg ada membuat kesalahan tapi perlu ke? suami memarahi isteri dengan bahasa2 kesat ..
Ini yang ditunjuk oleg pihak suami yang menyatakan dia menyayangi isteri..Bagaimana isteri yg selalu menghadapi keadaan ini selalu..terus diherdik serta di caci maki oleh suami yg tersayang..
Isteri perlu banyak bersabar dan berlapang dada untuk melayani kerenah
suami dengan mendoakan kebaikannya dan puan juga hendaklah berusaha
mencari punca kemarahannya itu. Adakah kerana kesilapan isteri atau kerana
sikapnya yang saja panas baran?
Seandainya punca tersebut daripada isteri, maka isteri hendaklah
berusaha mengikisnya dari diri sendiri, tetapi kalau dari pihaknya maka isteri perlu berhati-hati untuk membimbingnya dengan pengetahuan agama dan
dengan didikan yang baik serta penuh hikmah.
Adapun sumpah dan hukumannya supaya kita masuk neraka, itu bukan
urusannya malah akan kembali kepada dirinya sendiri. Paling tidak mereka
yang suka memaki hamun orang lain itu, akan merana dan menjadi muflis
di akhirat nanti.
Ini kerana kesalahannya terhadap orang lain itu akan ditukar atau
dilangsaikan dengan kebaikannya sehingga habis kebaikannya diambil orang
yang disumpah seranah tadi.
Sehinggakan segala kebaikan dirinya akan habis diberikan kepada orang
yang dimaki atau dianiayainya bahkan dia sendiri pula akan memikul
kesalahan orang yang dizaliminya lalu dan akhirnya akan dihumbankan ke
neraka sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasullullah s.a.w. dalam
hadisnya yang masyhur.
Selain itu, Syaikh Hasan Basri pernah menghantar hadiah ke rumah
mereka yang mengumpat dan memakinya kerana terlampau gembira dengan
umpatan atau maki hamun tersebut, sebab setiap umpatan atau maki hamun
itu akan ditukar dengan kebaikan kepadanya. Wallahualam.
Mencari ketenangan dalam hidup
Assalamualaikum dan salam sejatera,Thank sebab sudi jengok2 kesini..
11 March 2013
04 March 2013
Khasiat Minum Air Halia
Air Halia O aku |
Klw diberi pilihan minum pagi,sy lebih suka minum air Halia O berbanding air minuman lain..Air sejuk dan bergas bkn tak minum tak jarang lah..sbb pewot wanita yang dh mempunyai ank nie lain..Lagi2 klw minum air sejuk cepat lah naik Buncit nye..Sebb tu kekdg kita tgk org tu bru bersalin tp perut dia still besar..Mmg dia akan ckp sebb anak ramai..tp care penjagaan diri tu penting juga kan?? Kaum lelaki nie mmg dia ok jew kita cm mana pun tapi hakikatnya tidak..bila kita tanya dia akan jwp lawa jew sbb nak jaga hati kita..Kita sendiri kaum wanita nie kena lah jaga diri luar dan dalam..
Antara kegunaan dan khasiat halia ialah,
1. Membuang Angin
Saya rasa ramai yang dah tahu, air rebusan halia yang telah dicampur dengan lada hitam boleh menghilangkan angin yang terdapat dalam usus besar dan kecil kita. Air rebusan ini memang sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh badan.
2. Menghilangkan bengkak dan luka kecil
Halia segar yang telah ditumbuk halus dan diekstrak jusnya boleh digunakan untuk menghilangkan angin dan bengkak pada luka luar dan dalam, merawat kegatalan akibat gigitan serangga, mengubati gigitan ular, disapu ketika sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-bengkak, mual dan mabuk dalam perjalanan (motion sickness), serta menghilangkan panau. Sementara itu kandungan minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak.
3. Membantu penghadaman
Halia membantu proses penghadaman supaya berjalan lebih lancar iaitu dengan merangsang kelenjar pencernaan. Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai herba penambah selera makan dan merawat masalah penghadaman.
Antara Manfaat Dan Khasiat Lain Halia Yang Saya Sendiri Tidak Tahu Kesahihannya!
- Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
- Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
- Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
- Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
- Menghilangkan bau busuk mulut.
- Membakar lemak dan selulit.
- Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.
- Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, dan demam panas
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:
“Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia.”
Kandungan kimia pada halia
Resepi Jus Halia Limau Kasturi / Limau nipis“Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia.”
Kandungan kimia pada halia
- Halia secukup rasa (terpulang, kalau nak rasa yang lebih pedas dan panas, perbanyakkan. Untuk saya, cukup sebesar ibu jari. Jangan lupa buang kulit kemudian hiris nipis-nipis)
- 1 sudu besar jus limau kasturi / limau nipis
- air suam secukupnya
- 3 camca kecil gula (kurangkan manis)
1. Campurkan hirisan halia, limau kasturi / limau nipis dan air suam ke dalam jug atau bekas yang kecil.
2. Kacau gula sehingga larut di dalam cawan berisi air panas (air panas memudahkan gula terlarut).
3. Masukkan gelas yang berisi gula terlarut ke dalam bekas yang berisi halia dan limau kasturi itu tadi. Kacau sehingga sebati.
4. Tambah ais sekiranya perlu (tidak digalakkan untuk mereka yang sedang berdiet, ais boleh membekukan makanan berminyak yang baru kita makan)
03 March 2013
Bahan2 Bertangkas
Tak lama lagi nak jadi isteri orang kena lah manjakan diri..memcm lah sy try buat..klw yg berduit serta bergaji besar boleh lah ke Spa,mcm kita gaji tak seberapa so kena lah buat semua sendiri dirumah..
kali ni nak try bertangkas lak bahan-bahan dah dapat tapi banyak jenis yang kita tak kenal heheh
Almaklum ar tak pernah ke dapor ..nasib ada Google leh ar cari ..
kali ni nak try bertangkas lak bahan-bahan dah dapat tapi banyak jenis yang kita tak kenal heheh
Almaklum ar tak pernah ke dapor ..nasib ada Google leh ar cari ..
cekur |
manjakani |
temu kunci |
daun sirih bertemu urat |
serai wangi |
temu ireng |
lempoyang |
kunyit bolai |
02 March 2013
Bertangkas (Sebelum kawin)
Menjadi PENGANTIN WANITA YANG CANTIK dan tampak begitu berbeda serta wangi pasti merupakan impian setiap wanita.. ada Rahasia yang mau saya bagi disini,,
satu cara ampuh yang sering dipakai sebelum pernikahan adalah "Betangas" atau mandi Sauna, tentunya dengan rebusan rempah-rempah. untuk itu, anda tidak perlu mengeluarkan biaya mahal tuk sauna di Spa terkenal karena bisa anda buat ramuannya sendiri di rumah.
Saya bagi ramuan pengantin tuk anda.
Tuk rebusan airnya yang diperlukan adalah :
1. Serai Wangi
2. Akar Restu atau Akar Wangi
3. Daun Nilam / Daun Delam
4. Cengkeh
5. Pandan
6. Adas manis
7. Kayu Manis
8. Cengkeh
9. Daun Jeruk Purut ( jemur dahulu)
10. Kulit Jeruk Purut (jemur dahulu)
11. Air Perasan Jeruk Purut
Semua bahan -bahan tersebut di rebus dalam panci yang diisi air biarkan sampai mendidih. setelah mendidih, tutup panci tersebut.
sebagai tempat sauna, anda bisa memakai tikar pandang yang di letakkan di atas meja sehingga mendapatkan tempat yang tertutup.
Anda masuk ke dalam meja yang telah disiapkan beserta panci air tangasan tadi yang masih tertutup, minta bantuan pada adik atau kakak anda, untuk menutup secara rapat tempat anda betangas, agar aromanya tidak keluar.
Jangan memakai pakaian ketika betangas, agar aroma wangi dapat masuk ke dalam tubuh anda.
buka tutup panci secara perlahan, agar tubuh tidak terkejut dengan uap panas yang di keluarkan, kemudian aduk secara perlahan, agar uap panas semakin lama keluar.. anda betangas (sauna) sekitar 30-45 menit, tubuh anda akan mengeluarkan keringat yang sangat banyak...
Setelah anda rasa cukup, minta bantuan saudara untuk membuka tempat tangasan anda, dan anda akan merasakan kesegaran yang luar biasa.
Sebaiknya tangasan (sauna) dilakukan pada malam hari, agar setelah selesai, anda bisa langsung tidur dengan keharuman tubuh tersebut.
Selamat Mencuba Para Pangantin
Sumber: http://id.shvoong.com/lifestyle/fashion-and-beauty/2155304-rahasia-tubuh-wangi-pengantin/#ixzz2MMjmikq0
01 March 2013
Hukum Pukul Anak
MEMANG sudah fitrah anak yang masih kecil terutama yang nakal dan hiperaktif ada kala amat menggusarkan ibu bapa. Maka timbul rasa kurang senang sehingga bertindak secara keterlaluan dalam menghukum.
Islam melalui panduan yang diperturunkan Rasulullah SAW banyak memberi gambaran jelas bagaimana kita boleh bertindak secara tepat dalam permasalahan menghukum anak. Diceritakan oleh Muawiyah bin Salih, ada lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, ahli keluargaku tidak taat kepadaku. Apakah yang patut aku gunakan untuk menghukum mereka? Lalu kata Baginda: Maafkanlah saja. Kemudian Rasulullah SAW menyebut hal yang sama pada kali kedua bahkan juga pada kali ketiganya. Seterusnya Baginda mengatakan: Jika kamu perlu menghukum, hukumlah mengikuti kadar kesalahan yang dilakukannya dan jauhilah dari memukul pada bahagian muka.” (Hadis riwayat at-Tabrani)
Jika kamu perlu menghukum, hukumlah mengikuti kadar kesalahan yang dilakukannya dan jauhilah dari memukul pada bahagian muka. – Hadis riwayat at-Tabrani
Seboleh-bolehnya gunakan pendekatan memaafkan kesalahan dilakukan ahli keluarga khususnya anak. Namun, Rasulullah SAW tidak melarang menggunakan kaedah hukuman. Bagaimanapun hukuman seharusnya sepadan dengan bentuk atau tahap kesalahan serta dilarang memukul bahagian muka.
Sebenarnya panduan Rasulullah SAW itu tersirat dua makna iaitu dari perspektif psikologi dan fisiologi. Ditinjau dari aspek psikologi, pendekatan memberikan kemaafan adalah kaedah berlemah lembut dalam memberi teguran.
Dengan cara demikian, perasaan anak yang masih kecil tidak akan terguris. Ini penting supaya jiwa anak tidak terkongkong yang kemungkinan akan menyebabkan terbantutnya perkembangan minda positif.
Zaman sekarang ini, banyak sudah terjadi anak yang bertindak lari dari rumah. Seharusnya ibu bapa mengambil berat isu ini. Salah satu penyebabnya, tindakan membabi buta dalam menghukum dan seterusnya jiwa anak berasa tertekan.
Selain itu, dari sudut ilmu psikologi juga pernah dinyatakan bahawa anak yang kerap dihukum akan menjadikan hatinya keras dan berkelakuan kasar semasa bergaul dengan rakan sebaya.
Untuk membimbing anak beristiqamah pada jalan benar dan menepati kehendak agama, tidak hanya terletak pada kaedah merotan dan memukul saja. Sebaliknya ibu bapa seharusnya mampu mempelbagai teknik khususnya teknik dorongan dalaman.
Mendidik anak perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang berterusan contohnya dengan memberikan pemahaman jelas, tepat, pengajaran dan peringatan supaya akidah anak bertapak kukuh dalam jiwa mereka.
Kaedah secara kekerasan akan hanya mengundang rasa dendam kesumat dalam hati anak dan jika perasaan itu dibiarkan bersarang di jiwa mereka, akan menjadi sebati dengan diri. Keadaan itu sangat berisiko tinggi untuk menjerumuskan anak ke kancah yang negatif.
Rafi’ bin Amru al-Ghifari pernah menceritakan: “Saya seorang kanak-kanak yang sering membaling pokok tamar kepunyaan orang Ansar. Saya kemudian ditangkap lalu dibawa menemui Rasulullah SAW. Baginda SAW bertanya kepadaku: Kenapa kamu selalu membaling pokok tamar kepunyaan orang lain? Lalu saya jawab: Untuk memakan buahnya. Baginda SAW memberi nasihat kepadaku: Jangan baling pokok tamar kepunyaan orang lain. Kamu boleh makan setiap buah yang jatuh di bawahnya. Seterusnya Baginda Rasulullah SAW mengusap kepada saya sambil berkata: Ya Allah, Ya Tuhanku. Kenyangkanlah perutnya (dengan tamar yang gugur itu).” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Lihatlah betapa halus dan lembutnya teknik pendidikan Rasulullah SAW. Kanak-kanak yang bersalah ditegur dengan pola psikologi sangat menyentuh jiwanya kerana disamping memberi nasihat Baginda juga menggunakan teknik sentuhan.
Sebenarnya, teknik sentuhan terhadap badan anak akan memautkan keakraban utuh seterusnya berkeupayaan menjana penyerapan fahaman terhadap apa yang diajar.
Bagaimanapun, Islam tidak pernah menghalang teknik menghukum tetapi dengan bersyarat hendaklah dilakukan pada masa bersesuaian. Ingatlah, kaedah pukulan tidak sesuai untuk semua anak, semua situasi atau semua kesalahan.
Kaedah menghukum dengan rotan misalnya digunakan selepas kaedah penjelasan pemahaman dan nasihat dilakukan terlebih dulu. Pesan Nabi SAW: “Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah jika berumur 10 tahun (jika tidak menunaikan solat juga) dan pisahkanlah tempat tidur anak (lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
copypaste >>> http://www.islamituindah.my/
Rozita Che Wan nikah Julai
Zain Saidin N Rozita Che Wan |
Jimmy Stanley |
Zain Saidin |
Tanggang ayu ( Izreen Azmida wtk utama)
Siapa di antara pelanggan Astro yang dah menonton drama terbaru Tanggang Ayu? Astro Gempak yakin mesti berkotak-kotak tisu yang disediakan semasa menonton…
Tidak dinafikan Tanggang Ayu yang mula disiarkan pada 18 Februari lalu menerima pelbagai maklumbalas positif dan rata-ratanya memuji jalan cerita serta lakonan mantap Izreen Azminda yang dikatakan berjaya menjentik emosi penonton.
Lebih-lebih lagi drama ini dikatakan memaparkan kisah hidup yang berlaku disekeliling kita hari ini. Sebab itulah, setiap kali menonton kita seolah-olah berada dibawa bersama ke dalam drama tersebut!
Bagi yang masih belum mengikuti Tanggang Ayu, drama ini mengisahkan kelahiran seorang bayi bernama Ayu pada ketika bapa kandungnya mati (ditembak kerana merompak) telah menyebabkan ibunya Marlia mengalami kesukaran membesarkan Ayu.
Namun Marlia berjanji untuk menjaganya dengan penuh kasih sayang. Keadaan ini menyebabkan orang kampung memandang serong dan Marlia terpaksa keluar dari kampung merantau ke tempat lain. Kemudian Marlia menemui sepasang suami isteri Tini dan Ramli tetapi sikap Ramli yang terlalu mengambil berat terhadap Marlia telah menimbulkan perasaan cemburu di hati Tini.
Apa kesudahan drama ini, saksikan Tanggang Ayu setiap Isnin hingga Khamis, pukul 5 petang hanya di Astro Prima, saluran 105. Saksikan juga ulangannya pada pukul 9 malam.
Ingin menonton episod terdahulu Tanggang Ayu, layari www.astrogempak.com.my/tanggangayu.aspx
Subscribe to:
Posts (Atom)