Pages

01 March 2013

Tanggang ayu ( Izreen Azmida wtk utama)




Siapa di antara pelanggan Astro yang dah menonton drama terbaru Tanggang Ayu? Astro Gempak yakin mesti berkotak-kotak tisu yang disediakan semasa menonton…

Tidak dinafikan Tanggang Ayu yang mula disiarkan pada 18 Februari lalu menerima pelbagai maklumbalas positif dan rata-ratanya memuji jalan cerita serta lakonan mantap Izreen Azminda yang dikatakan berjaya menjentik emosi penonton.
Lebih-lebih lagi drama ini dikatakan memaparkan kisah hidup yang berlaku disekeliling kita hari ini. Sebab itulah, setiap kali menonton kita seolah-olah berada dibawa bersama ke dalam drama tersebut!
Bagi yang masih belum mengikuti Tanggang Ayu, drama ini mengisahkan kelahiran seorang bayi bernama Ayu pada ketika bapa kandungnya mati (ditembak kerana merompak) telah menyebabkan ibunya Marlia mengalami kesukaran membesarkan Ayu.
Namun Marlia berjanji untuk menjaganya dengan penuh kasih sayang. Keadaan ini menyebabkan orang kampung memandang serong dan Marlia terpaksa keluar dari kampung merantau ke tempat lain. Kemudian Marlia menemui sepasang suami isteri Tini dan Ramli tetapi sikap Ramli yang terlalu mengambil berat terhadap Marlia telah menimbulkan perasaan cemburu di hati Tini.
Apa kesudahan drama ini, saksikan Tanggang Ayu setiap Isnin hingga Khamis, pukul 5 petang hanya di Astro Prima, saluran 105. Saksikan juga ulangannya pada pukul 9 malam.
Ingin menonton episod terdahulu Tanggang Ayu, layari www.astrogempak.com.my/tanggangayu.aspx

No comments:

Post a Comment