Pages

04 March 2013

Khasiat Minum Air Halia

Air Halia O aku
  
   Klw diberi pilihan minum pagi,sy lebih suka minum air Halia O berbanding air minuman lain..Air sejuk dan bergas bkn tak minum tak jarang lah..sbb pewot wanita yang dh mempunyai ank nie lain..Lagi2 klw minum air sejuk cepat lah naik Buncit nye..Sebb tu kekdg kita tgk org tu bru bersalin tp perut dia still besar..Mmg dia akan ckp sebb anak ramai..tp care penjagaan diri tu penting juga kan?? Kaum lelaki nie mmg dia ok jew kita cm mana pun tapi hakikatnya tidak..bila kita tanya dia akan jwp  lawa jew sbb nak jaga hati kita..Kita sendiri kaum wanita nie kena lah jaga diri luar dan dalam..

Antara kegunaan dan khasiat halia ialah,


1. Membuang Angin

Saya rasa ramai yang dah tahu, air rebusan halia yang telah dicampur dengan lada hitam boleh menghilangkan angin yang terdapat dalam usus besar dan kecil kita. Air rebusan ini memang sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh badan.

2. Menghilangkan bengkak dan luka kecil

Halia segar yang telah ditumbuk halus dan diekstrak jusnya boleh digunakan untuk menghilangkan angin dan bengkak pada luka luar dan dalam, merawat kegatalan akibat gigitan serangga, mengubati gigitan ular, disapu ketika sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-bengkak, mual dan mabuk dalam perjalanan (motion sickness), serta menghilangkan panau. Sementara itu kandungan minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak.

3. Membantu penghadaman

Halia membantu proses penghadaman supaya berjalan lebih lancar iaitu dengan merangsang kelenjar pencernaan. Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai herba penambah selera makan dan merawat masalah penghadaman.

Antara Manfaat Dan Khasiat Lain Halia Yang Saya Sendiri Tidak Tahu Kesahihannya!
  1. Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
  2. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
  3. Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
  4. Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
  5. Menghilangkan bau busuk mulut.
  6. Membakar lemak dan selulit.
  7. Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.
  8. Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, dan demam panas
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:
“Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia.”
Kandungan kimia pada halia

Resepi Jus Halia Limau Kasturi / Limau nipis
  • Halia secukup rasa (terpulang, kalau nak rasa yang lebih pedas dan panas, perbanyakkan. Untuk saya, cukup sebesar ibu jari. Jangan lupa buang kulit kemudian hiris nipis-nipis)
  • 1 sudu besar jus limau kasturi / limau nipis
  • air suam secukupnya
  • 3 camca kecil gula (kurangkan manis)
Cara penyediaan
1. Campurkan hirisan halia, limau kasturi / limau nipis dan air suam ke dalam jug atau bekas yang kecil.
2. Kacau gula sehingga larut di dalam cawan berisi air panas (air panas memudahkan gula terlarut).
3. Masukkan gelas yang berisi gula terlarut ke dalam bekas yang berisi halia dan limau kasturi itu tadi. Kacau sehingga sebati.
4. Tambah ais sekiranya perlu (tidak digalakkan untuk mereka yang sedang berdiet, ais boleh membekukan makanan berminyak yang baru kita makan)

7 comments:

  1. Nice tips..memang bagus air halia untuk buang angin :)

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  2. Nice tips..memang bagus air halia untuk buang angin :)

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  3. ooo..rendam halia tu..ingatkan mesti diblend tadi

    ReplyDelete
  4. ooo..rendam halia tu..ingatkan mesti diblend tadi

    ReplyDelete
  5. AKU DAH AMALKAN .... MEMANG TERBAIK

    ReplyDelete
  6. Isteri marah sebab kerap buang angin dalam selimut

    ReplyDelete
  7. salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik

    ReplyDelete