Banyak dikalangan sekarang bahasa mcm ini dh jdi normal bg ibubapa mahu pon ank2..Malah ada juga suami yang bila mara suka memarahi isteri dengan bahasa2 kesat yang akan membuatkan perasaan isteri terguris..Isteri mmg ada membuat kesalahan tapi perlu ke? suami memarahi isteri dengan bahasa2 kesat ..
Ini yang ditunjuk oleg pihak suami yang menyatakan dia menyayangi isteri..Bagaimana isteri yg selalu menghadapi keadaan ini selalu..terus diherdik serta di caci maki oleh suami yg tersayang..
Isteri perlu banyak bersabar dan berlapang dada untuk melayani kerenah
suami dengan mendoakan kebaikannya dan puan juga hendaklah berusaha
mencari punca kemarahannya itu. Adakah kerana kesilapan isteri atau kerana
sikapnya yang saja panas baran?
Seandainya punca tersebut daripada isteri, maka isteri hendaklah
berusaha mengikisnya dari diri sendiri, tetapi kalau dari pihaknya maka isteri perlu berhati-hati untuk membimbingnya dengan pengetahuan agama dan
dengan didikan yang baik serta penuh hikmah.
Adapun sumpah dan hukumannya supaya kita masuk neraka, itu bukan
urusannya malah akan kembali kepada dirinya sendiri. Paling tidak mereka
yang suka memaki hamun orang lain itu, akan merana dan menjadi muflis
di akhirat nanti.
Ini kerana kesalahannya terhadap orang lain itu akan ditukar atau
dilangsaikan dengan kebaikannya sehingga habis kebaikannya diambil orang
yang disumpah seranah tadi.
Sehinggakan segala kebaikan dirinya akan habis diberikan kepada orang
yang dimaki atau dianiayainya bahkan dia sendiri pula akan memikul
kesalahan orang yang dizaliminya lalu dan akhirnya akan dihumbankan ke
neraka sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasullullah s.a.w. dalam
hadisnya yang masyhur.
Selain itu, Syaikh Hasan Basri pernah menghantar hadiah ke rumah
mereka yang mengumpat dan memakinya kerana terlampau gembira dengan
umpatan atau maki hamun tersebut, sebab setiap umpatan atau maki hamun
itu akan ditukar dengan kebaikan kepadanya. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment