26 February 2013
Anak itu Anugerah Allah
Ini anak sy,nama dia Hazriq Irfan sekarang dia berumur setahun ..senjak dia dilahirkan dia tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah hanya mama sy yang menjaga dia..Memang hati ini kecewa takala ditinggalkan oleh suami semasa mengandungkan dia 4 bulan lagi..Pasti sesiapa yang berbadan dua ingin suami sentiasa disisi..Namun sy dapat harunginya dengan sendirian ..Malah masa melahirkan dia ,ayah dia memberi berbagai alasan untuk datang menemani sy melahirkan anak dia yang sy kandungkan..Masa sudah berlalu sy pon cuba melupakan segalanya..Ini mungkin bahagian sy di Dunia..
Sesiapa jua pasti sayang anak mereka, ia darah daging kita sendiri ia kurnia teragung yang Allah s.w.t ciptakan ..Saya tak pernah menyesal malah tidak pernah menyalahkan takdir " Kenapa sy diduga bergini hebat " Pd fikiran sy ini hanya sebahagian penghapus dosa2 yang pernah saya lakukan..Berfikir secara positif bahawa ada lagi orang lain yang lagi hebat dugaan yang perlu mereka tempuh dari sy yang tak seberapa..
Jadi sy terus teguh dan kuatkan diri,mana tak nye selalunya org kalau berpantang 3 bulan tapi sy 2 mgg sudah memulakan keja untuk menyara keluarga demi membesarkan anak..Tak kisahlah org nak cakap apa !!..Ank tak ada ayah ke? hanya sy shj tahu apa yg sy alami..Sy hargai apa yang Allah beri pada sy, tak pernah rasa nak buang,bunuh atw menjualnya dengan kesempitan hidup yg sy alami..
Sy masih mampu berkerja untuk memberi sesuap nasi kepada dia..Sy masih punya iman dan fikiran yang waras ..Betul tak ?? Kat luar sana ada ibubapa yang tak nak malu sggup suruh ank buang ank tu..yang berduit pulak akan hantar anak pergi clinik utk mengugurkan anak2..Sedangkan banyak orang yang berumah tgg tidak mempunyai ank..Ada pulak yang mengunakan kesempatan itu dengan menjual bayi mereka ..Susah mcm mana kita byk pihak boleh membantu itu bkn alasan itu kita lari dari tggjwp kita sebagai ibu..Kesian ank2 keci ini yang tak tahu apa2 kita jdi kan mangsa demi kepentingan diri sendiri..
Setiap anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat untuk dicorakkan ibu bapanya bukan untuk dihina, dikeji dan diperlakukan tanpa belas kasihan dan berperikemanusiaan. Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Oleh itu, lahirnya seorang anak bukannya sebagai satu keseronokan hidup atau menambahkan satu bebanan yang tidak tertanggung. Sebaliknya, kelahiran anak yang diharap dapat menyambung warisan kekeluargaan dan sebagai satu ujian Allah kepada pasangan suami isteri atau ibu bapa. Sebagaimana firman Allah SWT dalam (Surah Al-Anfal: ayat 28) : “Dan ketahuilah harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya disisi Allah jugalah pahala yang besar”.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kehadiran anak adalah adalah penawar kepada ibu bapanya terutamanya pabila usia emas kelak. Doa anak soleh juga penting kepada ibu bapa apabila meninggal dunia, agar dilepaskan daripada azab seksa neraka. Segalanya bergantung pada didikan dan ajaran ibu bapa terhadap anak-anak termasuk didikan agama dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan Allah kepada mereka dengan sebaiknya. Jika umat Islam menyedari kedudukan ini sudah pasti ibu bapa tidak akan mengkhianati amanah Allah itu. Mereka akan mendidik anak-anak mereka mengikut acuan dan panduan Islam supaya keislaman anaknya itu tidak dirosakkan.
Sebagai kesimpulan, sesungguhnya anak adalah anugerah Allah yang cukup berharga kepada ibu bapa. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya didunia mahupun akhirat. Oleh itu, jagalah anak selayaknya agar mereka boleh berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak dan terus menyayangi, disamping sentiasa bersyukur dengan kehadiran anak didalam keluarga. Berilah perhatian agar mereka menjadi insan bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa serta Negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment