Pages

20 February 2013

Jiwa kAcau


    Senjak berberapa hari ini jiwa aku tak tenang jew sbb byk pekara yang tak settel lagi,jiwa makin hari makin kacau sgt tido pow tak senang makan pow tak ada mood kekdg hurm ( muka cebik semcm dah)..tak tahu lah apa nak buat..Agak nye bila semua dh settel problem aku nie dh ok, bru jiwa senang..TAhu tak bila keadaan mcm ini cm ana nak hadapi???

"mcm aku lebih suka mintak pada Allah s.w.t semoga segalanya dipermudahkan oleh Ilahi yakin pada dia jika benda baik insyallah Dia akan menolong kita segala urusan..Yang penting kita kena yakin akan Dia,jangan tak jadi marah pada Dia "


Ada juga tip-tip

SENYUM

   Ya senyumlah ketika kita sedang dalam mood jiwa kacau. Senyum adalah sebaik-baik ubat untuk diri yang sedang menghadapi gangguan emosi. Perlu diingat, senyum yang menjadi ubat ini tidak boleh dipaksa tetapi berusahalah untuk membuat diri tersenyum. Cara saya ialah menonton filem, membaca blog orang lain, menulis komen di blog orang lain, keluar dan berjumpa orang lain, membaca bahan jenaka dan lain sebagainya. Mungkin juga kita boleh bersiar-siar di tempat yang ramai kanak-kanak dan senyumlah kepada mereka. Benar, kanak-kanak adalah manusia yang selalu membuat saya tersenyum;-)

BERTENANG
    Berusahalah untuk bertenang. Ini memang satu langkah yang sukar dan mencabar. Paling mudah ialah, lari seketika daripada masalah yang menyebabkan tekanan. Juga, cuba lupakan seketika masalah kita. Cara paling mudah saya untuk bertenang ialah dengan tidur. Jika masalah saya berada di dalam rumah, saya akan keluar dan beriktikaf dengan tidur di masjid. Saya juga kerap ke perpustakaan dan membaca akhbar serta majalah di sana untuk membuat diri bertenang.Sama seperti senyuman, ketenangan juga tidak dapat dipaksa. Bagaimanapun, ketenangan dan senyuman boleh dicari. Jadi, carilah ketenangan.

JANGAN
     Jangan menambah buruk keadaan atau masalah. Kesilapan biasa kita ketika menghadapi waktu 'jiwa kacau' ialah kita kerap membesarkan masalah dan menyusahkan keadaan. Semestinya, kita tidak dapat menyelesaikan masalah dalam keadaan jiwa kacau, maka paling maksimum apa yang boleh kita lakukan ialah dengan tidak menambah buruk keadaan dan tidak membesarkan masalah.
Justeru, pendekatan terbaik semasa dilanda tempoh 'jiwa kacau' ialah dengan menghentikan masalah itu jika tidak dapat diselesaikan. Diam diri adalah pendekatan terbaik ketika kita bermasalah dengan orang lain. Lari sebentar dari masalah adalah pendekatan terbaik semasa menghadapi masalah kehidupan.

"Hati reda, tubuh ikhtiar. Terima kenyataan, perbaiki keadaan dan jaga ketenangan..."- Seperti yang diajarkan oleh Aa Gym.

No comments:

Post a Comment