1. Jaga mulut suami. Maksudnya ialah jagalah makan minum sang suami. Kenyang perut senang hati.
2. Jaga kemaluan suami.
Maksudnya ialah berilah makan kemaluan suami secukupnya. Islam juga
mengharamkan dan melaknat si isteri yang menolak permintaan suami untuk
berjimak. Jikalau disemak hadis, ada hadis yang menyuruh isteri melayan
suami walaupun sedang menunggang unta. Bab jaga mulut suami iaitu
menyediakan makanan dan minuman suami adalah lebih mudah kerana kalau
tidak pandai masak, boleh saja membeli makanan di restoran. Namun
sekiranya makanan kemaluan suami tidak mencukupi, dimana nak cari
ganti?? Ramai suami hari ini pergi kerja waktu pagi bagai kucing
kelaparan. Bila ini berlaku, mulalah semua kerja asyik tidak betul.
Pernah saya diberitahu oleh seorang hamba Allah, si isteri hanya melayan
suaminya sekali dalam tempuh dua hingga tiga bulan walau pun pasangan
ini baru berkahwin!!
Dalam bab menjaga kemaluan suami ini, ramai
isteri melakukan kesilapan dengan tidak melayan kemaluan suaminya
sewaktu haid dan sewaktu pantang beranak. Ada suami yang kuat nafsu yang
mengingini dilayan kerap kemaluannya dan ada yang tidak begitu agresif.
Apatah lagi kalau suami ini masih muda. Ada suami yang tidak mampu
bertahan dan merasakan tempuh seminggu haid sebagai tempuh yang sangat
lama. Kalau seminggu sudah tidak mampu bertahan, inikan pula berpantang
lebih 40 hari sewaktu isteri beranak!!
Islam hanya mengharamkan berjimak sewaktu haid dan nifas tetapi
Islam tidak melarang isteri melayan kemaluan suami. Kita boleh melakukan apa sahaja selain memasukkan ke
vagina atau lubang dubur kerana ini ditegah dan haram. Lakukanlah apa
sahaja asalkan air mani suami keluar, dan itu yang penting. Bila dah
keluar mani tu, legalah sang suami.
Apa yang penting ialah
puaskanlah nafsu suami kerana adalah bahaya seorang suami yang lapar
kemaluannya. Suami dalam keadaan ini sangat sensitif dan kuat marah dan
mungkin beliau akan marah tak tentu pasal. Kalau sang suami melancap
untuk memuaskan nafsunya kerana tidak cukup makan, ini adalah haram dan
bakal mengundang pelbagai masalah lain sebagai musibah dari Allah dan
pastinya si isteri juga mendapat saham dosa. Yang haram ialah suami
mengeluarkan air maninya sendiri tetapi adalah satu ibadah apabila
isteri mengeluarkan air mani suaminya.
3. Jagalah minatnya. Kalau
suami suka berlumba motor, janganlah suruh tukar minatnya ini. Lebih baik
lagi kalau sang isteri juga turut belajar berlajar untuk kenal barang motor. Kalau suami suka
menulis, fahamilah dan sokonglah. Kalau suami gemar baju warna biru,
janganlah diberikan baju warna merah. Yang penting di sini ialah isteri
jangan sekali-kali menentang minat sang suami ini. Tetapi apa yang
penting di sini ialah berikanlah sokongan ke atas minat suami ini
sekiranya minat ini tidak bercanggah dengan agama seperti merokok.
Dengan
menguasai ketiga-tiga ilmu ini, seorang suami bakal menjadi suami yang
bertimbang rasa, pemurah, sabar dan perkara-perkara positif lain.
Bayangkan seorang isteri yang ingin mengamalkan 3 ilmu ini namun sang isteri ini kerap melakukan perkara berikut:
1. Tidak menghormati suami
2. Bersangka buruk terhadap suami
3. Membenci poligami
4. Memarahi dan mengherdik suami
5. Menyangka sama taraf dengan suami kerana masing-masing bekerja dan ada gaji
6. Melayani dan mengutamakan anak melebihi dari melayani suami
Allah
tidak memberikan sesuatu rahmat secara percuma. Setiap rahmat Allah
memerlukan pengorbanan dari pada isteri. Korbankanlah segala sikap
negatif semoga Allah memberikan rahmatNya dan seterusnya mudah
mengamalkan 3 ilmu ini dan seterusnya dapat menawan hati sang suami.
Wahai
para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT
mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu!
Saya dah edit sikit kebanyakan saya copy dari >>>>
http://emjayjb.multiply.com/journal/item/165?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
No comments:
Post a Comment