Tugas Suami Isteri
Sesiapa juga rasa goyang bila nak menghadapi alam perkawinan,lagi2 yang selalu bergantung harapan pada makayah selalu..Malah ada juga yang 1 kerja rumah dia tak pernah buat rasa kekok jew bila nak buatkan..Yelah zaman sekarang banyak kaum Hawa sudah punya kerjaya sendiri malah ada juga yang berpangkat besar..Siapa nak yang tinggal kan kerjaya yang besar serta telah punya pendapatan yang bagus setelah berkawin..huhuhu
Tapi nak buat mcm mana kita kena lah selaraskan keperluan kehidupan didunia dan akhirat ,bunyi mcm ssh jew kan..kenalah buat juga..seram pon ada tapi kena juga hadapi..
Tanggungjawab Suami
Menyediakan duit perbelanjaan untuk isteri
Menyediakan tempat tinggal isteri dan anak2 untuk berteduh dari hujan dan panas
Memberi nafkah batin dan zahir pada isteri..
Adil kepada isteri2 sekiranya berpoligami
Mendidik dan membimbing isteri dalam perkara hal agama jika isteri tidak mengetahui serta tunjuk ajar..
Tidak memdedahkan hal rumah tangga atw aib kepada orang lain walaupun ahli keluarga..ini akan menjatuhkan maruahnya..
Tanggungjawab Isteri
Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah
Menjaga kehormatan diri dan maruah suami..
Memelihara harta benda suami,menguruskan rumah tangga,serta mendidik anak dengan sempurna..
Tidak membenarkan orang lain yang tidak disenangi oleh suami masuk ke rumah..
Tidak keluar rumah tanpa keizinan dari suami..
Merendahkan suara bila berbicara dengan suami..
Hak dan Tanggungjawab Bersama Suami Isteri
Bersifat amanah. Suami isteri hendaklah saling mempercayai dan tidak boleh khianat mengkhianati.
Berkasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Berakhlak dan bersopan santun, lemah lembut dalam pergaulan, saling menghargai dan menghormati.
Suami isteri berkewajipan memelihara hubungan baik antara ibu bapa serta ahli keluarga kedua - dua belah pihak.
Memberikan kasih sayang dan pendidikan yang sempurna kepada anak - anak.
Mempertahankan dan memperkukuhkan kerukunan rumah tangga.

No comments:
Post a Comment