Pages

23 February 2013

Punca Kemalangan

SEBAB-SEBAB BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA



Kemalangan ialah kejadian buruk yang berlaku tanpa diduga dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Kemalangan di jalan raya kerap berlaku di negara ini terutama dalam keadaan jalan raya sesak dengan kenderaan. Kemalangan melibatkan semua pengguna jalan raya. Kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan ringan, kecederaan parah dan kematian. Banyak sebab berlakunya kemalangan ini.

Pertama ialah sikap negatif pengguna jalan raya seperti suka memandu dengan laju.Kereta yang dipandu terlalu laju sukar dikawal dan diberhentikan jika terdapat halangan di hadapan. Kenderaan yang dipandu laju biasanya akan terbabas melanggar tiang lampu jalan atau jatuh ke dalam longkang.

Ada juga suka memberi lampu isyarat bila sudah tiba masa membelok kekiri atw kekanan sepatotnya pemandu kenderaan hendak terlebih awal memberi isyarat kepada penguna jalan raya yang lain.Bukan sudah hendak membelok baru nak bagi isyarat..Jika berlaku kemalangan siapa yang perlu dipersalahakan..

Ini adalah sifat pemandu zaman sekarang yang hanya penting akan diri sendiri tanpa memikirkan tentang keadaan orang lain..Hanya fikir dia seorang yang mengunakan jalan raja..Hanya dia seorang ingin sampai cepat ke destinasi..


Selain itu, terdapat juga beberapa perbuatan pemandu yang boleh menyebabkan kemalangan seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu serta berchat (sms).. Penggunaan telefon bimbit menyebabkan seseorang pemandu hilang tumpuan dan perhatian. Mereka juga tidak dapat mengendalikan kenderaan mereka dengan baik kerana menggunakan sebelah tangan saja.

Di samping itu, terdapat juga kes kemalangan disebabkan oleh pemandu kenderaan yang mabuk atau berada dalam keadaan khayal kerana pengambilan arak atau dadah. Pemandu yang tidak akan dapat berfikir dengan waras tidak akan dapat mengawal pergerakan tangan dan kaki mereka dengan baik.

Faktor fizikal jalan raya juga menjadi punca kemalangan. Jalan raya yang bengkang-bengkok, terlalu sempit, bersimpang-siur dan berlubang-lubang akan mengganggu kelancaran pemanduan. Keadaan ini lebih berbahaya jika jalan raya tidak dilengkapi lampu jalan.Keadaan gelap-gelita ini akan menyukarkan pemandu mengawal kenderaannya.

Seterusnya terdapat juga kemalangan disebabkan oleh sikap cuai pengguna jalan raya seperti pejalan kaki yang tidak memerhati keadaan lalu lintas sebelum melintas jalan raya atau tidak menggunakan jejantas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Tidak kurang juga kanak-kanak yang bermain-main seperti bertolak-tolakan semasa di jalan raya.

Kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Faktor sikap dan kelemahan manusia adalah yang paling kerap menjadi punca kemalangan. Oleh itu, untuk mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya, manusia haruslah terlebih dahulu mengubah sikap mereka.

Copy dan telah edit  dari >>http://amyandrewcoates09.blogspot.com/2009/07/kemalangan-jalan-raya.html

No comments:

Post a Comment