Pages

16 February 2013

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"



Dia Yang Melihat, Dia Yang Mengetahui,Dia Yang Menghukum,
Selain dari Dia tiada Yang Berkuasa berhak Menghukum...
Antara aku,dia dan Tuhan menjadi saksi akan segala yg dikata kan,
Antara aku dan dia yang tahu apa sebenarnya yg diungkapkan ..
Janji yang pernah ditaburkan selalu bermain dihujung lidah..
Mampukah,manusia menunaikan janji seperti  yang dikatakan ??
  Perjalanan hidup didunia penuh dengan Ujian dari Nya,
  Setiap ujian yang diberikan mematangkan fikiran kita,
  Setiap ujian yang dilalui membuatkan kita semakin tabah..
Kerana Allah s.w.t masih menyayangi diri kita
Kerana Allah s.w.t nak melihat kita jika diuji
Adakah kita akan mengikut hawa nafsu untuk bertindak?
Adakah kita masih mampu berfikir mengunakan akal fikiran?
Adakah kita masih waras dalam menentukan jalan hidup kita?
 Jika dia balik kepangkal jalan dan bertaubat "Alhamdulilah"
 Pintu hati nya telah terbuka dan dia mendapat Hidayah dari Nya..
 Jika dia memilih jalan kearah kemungkaran "Subahanallah"
 Moga dia akan tersedar sebelum terlambat..
Ibu,Ayah,Keluarga serta Suami dan Anak yg dicinta ..
Diberikan supaya kita merasa disayangi,dikasihi,dicintai..
Dan itu  hanya pinjaman yang Allah s.w.t berikan pada kita..
Dan Bebila sahaja Dia akan mengambilnya dari kiita..
Tidak kira waktu dan keadaan pasti ia akan dijemput ..
 Janganlah kita menghukum orang lain jika kita tidak mengetahui
 Cerita mereka dan puncanya,
 Mengapa? Kenapa? mereka jadi bergitu..
 Kita tidak boleh menuding jari pada mereka,
 Jadilah insan yang membantu bukan mecerca mereka..
Janganlah pulak kita menindas pada mereka yang lemah,
Janganlah kita menambahkan penderitaan mereka,
Janganlah Kita merasa diri sudah cukup sempurna di mata Allah s.w.t..

  Sesungguhnya masih ada kekurangan yang kita tidak ketahui..

No comments:

Post a Comment